By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Nov-2009 12:01 Email | Share | | Bookmark
ADIB & AZURA

Adib dan Azura
Adib
Azura
View all 6 photos...
Kebetulan, pada hari yang sama Fauzi dan Nur Farha bernikah ada sepasang lagi mempelai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Anak kepada sepupu Rinn dari Selangor bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang. Tak jauh dari lokasi pertama. Maka kami sekeluarga pun bergegas ke majlis yang ini.

Anak sepupu Rinn bernama Adib. Pasangannya bernama Azura. Serba merah pasangan ini.




Azura yang sentiasa menguntum senyuman setiap kali lensa kamera terarah kepadanya. Kalau tak silap Rinn, Azura ni datang dari keluarga besar 9 beradik dan dia merupakan anak kedua bongsu dan terakhir berkahwin dalam keluarganya. Majlis meriah dilangsungkan di dewan orang ramai.





Haaa... kali ni tak ade minum silang-silang tangan. Makan suap-suap ada lah !! Atau Rinn yang terlepas adegan itu dek kerana terlalu sibuk melayan selera makan yang sedang membuak-buak. Lapaaaarrrr....... Hidangan kenduri enak-enak belaka youuuuuu.....





Minggu berikutnya adalah majlis di sebelah keluarga sepupu Rinn di Selangor tapi Rinn tak berpeluang untuk bertandang ke majlis di sana. So tak de gambar ye. Gambar2 di majlis ini pun tak banyak sebab dah tak larat nak klik sana klik sini. Kepada kedua mempelai, didoakan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Sunday, 8-Nov-2009 02:32 Email | Share | | Bookmark
MOHD FAUZI & NUR FARHA BHG II

Pengantin diarak
ke pentas persandingan
Panjang berjurai baju tuuuu.....
View all 13 photos...
Seperti yang dijanjikan, ini adalah sambungan daripada majlis meraikan pasangan pengantin Mohd Fauzi dan Nur Farha untuk hujung minggu yang ketiga. Kali ini majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Lahad, Perak. Dekat-dekat dengan Ipoh jugaklah.





Mengenakan busana biru sesuai tema di sebelah pihak lelaki. Tetamu ramai, makanan sedap, layanan bagus...sesungguhnya memang meriah.





Sempat juga bergambar bersama nenda tercinta. Walaupun sakit lutut, tetap nenda gagahi untuk datang bersama meraikan majlis cucundanya. Jarang-jarangkan kita lihat pengantin bergambar bersama nenek atau datuk mereka.





Pasangan pengantin baru Afri dan Suhairin turut sama datang memeriahkan majlis. Suhairin dan Nur Farha tu sepupu. So, kenalah berbalas-balas kunjungan ya.



Kepada kedua mempelai, didoakan semoga berbahagia ke akhir hayat. Ceria-ceria selalu ya.....





Wednesday, 4-Nov-2009 03:37 Email | Share | | Bookmark
A LIL' BELATED... BUT A BIG SURPRISE !!!

A little belated...
..BUT...
a BIG surprise to me !!
View all 12 photos...
Ana Elianas sms, katanya nak datang SP pada hari Selasa 3 Nov kelmarin laa , saja nak ronda-ronda dan kalau boleh nak singgah rumah Kak Rinn dia ni untuk hantar Buku Resipi Kak Liza yang dia terlupa nak poskan dulu. Hah...mai ler !!!!

Aleh aleh dia datang dengan sekotak cuppies. Mulanya Rinn ingat Ana saja-saja jer bawak sebagai buah tangan. Masa tu tak tengok lagi apa yang tertulis atas cuppiesnya. Tetiba aje Ana wish Rinn Happy Belated Bday. Rupanya ada dua orang Mama Melaka ni... Mamazieza dan Mamafami yang dengan jayanya berkomplot dengan Ana untuk me"nyeperais"kan Rinn . Mana lah diorang dapat idea nak gelar diri diorang Melaka Mamas niiiih ??!!!!





Tak de nyer lah Rinn menyangka apa-apa walaupun Ana memang belum pernah sampai ke rumah Rinn sebelum ini. Ada misi rupanya. Apa-apa pun terima kasih buat semua yang terlibat termasuk Encik Suami Ana yang sudi jadik drebar dan sibongsu Ana, Haziq yang jadi peneman sampai terlena-lena dalam kereta setibanya di depan rumah. Entah saper lagi di belakang tabir alkisah ini pun Rinn tak tau.





Terima kasih ye Ana. Susah payah terima tempahan dari dua orang Melaka Mamas tu. Tak perlu nak gundah gulana sebab Kak Rinn ni bukanlah sifu tara mana pun. Kek kalau dah ikut resipi, InsyaAllah sedap. Tambah-tambah kalau niat kita ikhlas ketika mengadunnya.. Ingatan ikhlas itu dah melebihi segala-galanya. Kalau Ana nak tau, Kak Rinn tak habih belek lagi bunga ros coklat Ana tu. Selalu dok tengok kat internet jer. Kini dah ada real di depan mata. Amacam....jadik ke nak buat kelas untuk Kak Rinn ???




Buat kedua-dua Melaka Mamas tuuu...maaplah ye. Rinn nak share makan cuppies ni sama-sama tapi memandangkan sorang nun jauh di sana dan sorang nun jauh di sinun payahlah pulak hamba nak mengantor nyer ya... Kalau boleh cekau ikut skrin monitor ni alangkah bahagianya. Terima kasih dearest mamas. Lenkali komplot lagi ramai-ramai ya..


Saturday, 31-Oct-2009 10:51 Email | Share | | Bookmark
MOHD FAUZI DAN NUR FARHA

Bergerak ke Masjid..
Dah masuk kereta
Posing sikit..
View all 21 photos...
Seminggu selepas majlis nikah dan sanding Khairil Afri dan Siti Suhairin (entry sebelum ini), seorang lagi anak kepada sepupu hubby yang lain turut mengadakan majlis akad nikah. Anaknya adalah pengantin perempuan ini yang bernama Nur Farha. Untuk majis nikah, Farha dan pasangannya telah mengenakan pakaian berwarna kelabu. Ada sentimental value sebenarnya di sebalik pakaian warna kelabu tu. Kalau nak tahu, material yang mereka gunakan itu adalah material yang sama digunakan oleh Mawi dan Ekin. Ye ke....??? Waaaahh.... rezeki nak dapat fabrik dari gulungan kain yang sama. Last kopek katanya tuu. Memang cantik sebenarnya warna kelabu ke"silver'an nya itu..




Majlis nikah diadakan selepas waktu zohor di masjid berhampiran kediaman keluarga pengantin perempuan. Yang afdhalnya, pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Dua kali akad. Tok kadi mahu orang yang menikahkan dan yang dinikahkan mengikut sebijik-sebijik ayat yang diajarkannya. Tak boleh reka ayat sendiri walaupun perkara-perkara penting ada disebut dalam ayat itu. Yang first tu kira ada error lah kot, tu yang Tok Kadi tak puas hati. Yang second time baru okey. Kes macam ini pun ada ya..






Bergambar sejurus selepas selesai majlis akad nikah dan membatal air sembahyang.





Tidak seperti majlis Afri & Suhairin yang sebelum ini, pasangan Fauzi dan Farha tidak terus diraikan dalam majlis kenduri kawin dan bersanding. Sebaliknya kedua-dua belah pihak dah setuju nak mengadakannya seminggu kemudian. Tema warna adalah putih dan merah.




Bila tengok gambar ni teringat pulak zaman kecik-kecik dulu main masak-masak. Ada jugak main pengantin-pengantin walaupun dua-dua pengantinnya perempuan keh keh keh.









Kan betul Rinn kata, mesti ada adegan minum air bersilang tangan. Dah sinonim kot dengan majlis makan adap-adap. Lenkali kalau ada peluang nak suruh pengantin buat aksi lain pulak. Buat masa ini tak ada idea lagi.




Didoakan semoga pasangan Fauzi dan Farha akan kekal bahagia dan sejahtera hingga ke akhir hayat. Majlis di sebelah pihak lelaki diadakan seminggu selepas itu. Hebat betulll..... tiga hujung minggu berturut-turut pasangan ini diraikan ya. Gambar-gambar akan Rinn bubuh pada next entry. Jangan ketinggalan, busana biru pulak tau...







Tuesday, 27-Oct-2009 16:46 Email | Share | | Bookmark
KHAIRIL AFRI & SITI SUHAIRIN

Nak pi masjid
Dah sampai masjid
Berdebar2 niii..
View all 19 photos...
Seawal hari raya ke lima, bermulalah raptai majlis perkahwinan anak-anak buah kami. Pertama-tamanya ucapan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Khairil Afri dan Siti Suhairin. Siti Suhairin ni adalah anak kepada sepupu hubby Rinn. Majlis diadakan di sebelah pihak pengantin perempuan dahulu, manakala di pihak pengantin lelaki kena tunggu sampai awal bulan Disember nanti. Lama gak ye gap nya....


Sejurus selepas majlis akad nikah di masjid pada sebelah paginya.



Mempelai sedang diarak menuju dewan majlis dan pentas persandingan. Walaupun Rinn tak berapa minat warna pink tapi tema mempelai yang berwarna pink kali ini amat sweeeeet sekali. Sesuai dengan pasangan mempelai yang secocok dan sepadan.



Oiikkk....offer bunga kat saper tu Adik Ulin ooiiii ????



Berjalan menuju meja makan adap-adap walaupun sebenarnya mereka tak duduk mengadap antara satu sama lain. Hmmm... mungkin perkataan "adap-adap" itu merujuk kepada makna yang berbeza. Kepada yang arif, silakan jawab..




Kalau ada jurufoto pro yang diupah untuk merakam gambar pengantin, mesti ada adegan ini. Kenapa eikkk?? ....Kesiaan pengantin, tapi kena sporting lah kan. Dah arahan dari pengarah jurufoto. Rinn tumpang sekaki jer klik sana klik sini heh heh heh. Gambar banyak sangatlah. Ni pilih-pilih aje....


Beberapa lagi pasangan pengantin akan menyusul pada entry-entry selepas ini. Mohon layan buat sementara waktu sebelum Rinn muncul kembali dengan resipi-resipi yang sempat dicuba. Jumpa lagi...




Quote:

Haaaiii semua. Iyeeeee....... Rinn still in piece. Masih boleh ketawa. Ha ah, tu antara gambar yang latest, menghadiri salah satu majlis perkahwinan yang tak habih2. Setiap hujung minggu mesti ada aje orang nikah kawin. Tak lari pi mana-mana pon. Tak tau nak bagi alasan apa. Nak bagi kategori pun tak pandai. Tak kisahlah apa pun. Yang penting Rinn nak mintak maap banyak2 kalau dah timbulkan keraguan yang tak munasabah sebab lama menghilangkan diri. Dapur pun dah lama tak buat eksperimen. Asyik masak ulangtayang. Rinn buat eksperimen lain sebenarnya..heh heh heh... tungguuuuuu

Terima kasih buat kawan-kawan dan adik-adik yang tidak lupa akan ulangtahun hari kelahiran Rinn pada hari ini 28hb Oktober. Yes... mengekori ahli-ahli Kelab 66 yang dah terdahulu meraikan hari kelahiran mereka pada tahun ini. Saper ye.... heh heh heh. Alaaahhh...kita-kita yang dah mencecah umur 43 tu laaa. Alhamdulilllah, Allah SWT masih meminjamkan Rinn nafas untuk mengabdikan diri pada kehidupan yang sementara ini. Makin sihat dan cergas rasanya. Hmmmm..... jom menyangkul !!! Assalamualaikum.




[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net