By: Naz Rinn Chan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Nov-2009 13:32 Email | Share | | Bookmark
UBI REBUS BERBILIS

Ubi rebus
Halba campur
Ubi Rebus Berbilis
View all 4 photos...
Makan ubi rebus ni agak kerap jugak. Kalau tak pun, Rinn goreng. Sesekali buatlah lepat kalau ada daun pisang. Tak lama dulu ada promosi hebat oleh puan empunya kucing nii. Bukan tak selalu makan. Tapi bila ternampak kat dapur dia tu ada sambal ikan bilis dan tenggiri masin, fuuuhhh!!...terus rasa keteringinan tu bercambah-cambah dibuatnya... Cuma kali ni... still ubi rebus sebagai pemegang watak utamanya tapi jom kita tukar sikit resipinya. Sebenarnya malas nak numis sambal ikan bilis




UBI REBUS GORENG BERBILIS

BAHAN-BAHAN:
500gm Ubi kayu (ikut suka sebenarnya )
3 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
5 tangkai Cili kering
2 tangkai Daun kari
Halba campur (option)
Segenggam Ikan bilis
1 camca teh serbuk kari (option)
3 sudu besar kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
Bawang Goreng

CARA-CARA:

1. Ubi kayu dibuang kulit, dipotong dan dibersihkan. Rebus hingga empuk.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan halba campur, serbuk kari, daun kari dan cili kering. Tumis terus.
3. Masukkan ubi rebus dan kelapa parut. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Hidangkan dengan taburan bawang goreng.




Kalau tak suka tak perlu campurkan halba. Kalau nak naikkan lagi rasa kari, bolehlah juga dicampurkan sedikit serbuk kari semasa menumis bawang. Hasilnya nanti, ubi kayu rebus kita akan berwarna keperang-perangan sedikit setelah digoreng.

Bila makan yang ini, teringat Rinn akan seorang kerani berbangsa India di jabatan sebelah jabatan Rinn bekerja dulu. Dia rajin bawak bekal untuk dijamah pada waktu rehat pagi atau makan tengah hari. Walaupun dia bukan seorang yang seratus peratus vegetarian tetapi menu dia selalu ala-ala vegetarian. Tiap hari Jumaat dia "berpuasa". Maksudnya, dia tidak makan makanan yang berdarah. Haaaa..... resipi ini adalah salah satu menu kesukaannya. Cuma cara masaknya lebih keindiaan. Tak reti nak describe pulak macam mana.. Apa khabar agaknya Puan Saraswathy sekarang ya ???




Pada firasat Rinn, kalau kita ganti dengan ubi kentang, keladi atau buah sukun pun sedap juga rasanya. Ubi keledek tak berani jamin sebab dia terlalu lembut untuk ditumis bila dah direbus dulu. Cuba pelbagaikan sendiri ya !!!! Happy trying..




Thursday, 19-Nov-2009 06:29 Email | Share | | Bookmark
5A

Sukanya diaaa...
Slip result
Wajah2 5A
View all 21 photos...
Alhamdulillah, tahniah buat Acik Alya yang mengulangi kejayaan Along Fiena dan Angah Dania dengan keputusan UPSR 5A.. Mungkin kejayaan ini tidaklah sehebat mana tetapi bagi anak-anak ini... inilah hasil usaha dan titik peluh mereka selama berada di bangku sekolah rendah. Sekurang-kurangnya.. ia bakal menjadi kenangan yang terindah ketika itu.



Slip keputusan peperiksaan Alya sebagai bukti...





Wajah-wajah cemerlang anak-anak SKSG. Daripada lebihkurang 250 orang pelajar 37 orang berjaya memperolehi 5A dan 26 orang dengan keputusan 4A 1B. Dari segi peratus kelulusan, ini adalah di antara yang terbaik dalam sejarah SKSG.




Alya berdiri di barisan tengah, ke 4 dari kanan.
Terima kasih kepada semua guru-guru dan rakan-rakan Alya yang sentiasa memberi galakan dan dorongan sepanjang Alya berada di SKSG. Jasa anda semua tetap dikenang sepanjang hayat.




Buat Alya, perjalanan masih jauh. Mulakan langkah baru dan pandang jauh ke depan ya. All the best.....


Quote:
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH. SEMUANYA SANGAT KAMI HARGAI..



Tuesday, 17-Nov-2009 12:58 Email | Share | | Bookmark
GUD LUCK ALONG FIENA & CONGRATS ACIK ALYA



Esok 18hb November 2009 hingga 8hb Disember 2009, anak sulung kami Along Fiena akan menghadapi Peperiksaan SPM. Kepada Along... Mak, Ayah dan adik-adik doakan semoga dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusan Along sepanjang Along menghadapi peperiksaan. Usahakan yang terbaik dan tawakkal selalu ya..





Ini pulak kisah Acik Alya beberapa bulan lalu. Tak sempat nak buat entry. Sebenarnya Alya dah lulus piano examnya. First time amik exam, terus buat yang third grader punya. Alhamdulillah, Alya lulus with flying colors. Dapat Distinction lagi !! Tahun depan teacher dia recommend untuk terus amik yang 4th grader punya pulak.

Dalam kegembiraan itu sebenarnya Acik Alya dan kami semua sedang menunggu dalam debaran. Sehari dua sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula, keputusan ujian UPSR akan diumumkan. Walaupun menurut ramalan dan firasat Nujum Pak Belalang..ramai pelajar di sekolahnya akan mendapat 5A's tapi kita tak boleh terlalu yakin. Just hope for the best... InsyaAllah Nanti kita update keputusan Acik Alya naaaa....


Thursday, 12-Nov-2009 14:25 Email | Share | | Bookmark
SOFT PRETZEL

Kembangkan yis
Majerin cair
Masuk madu
View all 22 photos...
Tak tau lah dari mana datangnya idea nak mencuba pretzel ni. Seumur hidup tak pernah makan. Tapi cari punya cari dalam internet akhirnya Rinn buat keputusan nak cuba pretzel yang jenis soft ini. Ada banyak sumber sebenarnya tapi kita cuba sesuatu dari laman web
Heavenly Home Makers. Kat sini siap ada tunjukcaranya.




SOFT PRETZEL
Source : Heavenly Home Makers

BAHAN-BAHAN:
1 /2 cwn air suam
11gm yis segera (1 paket)
1 camca teh madu
3/4 cwn susu segar
1/4 cwn majerin
1/4 cwn madu
2 camca teh garam halus
4 cwn tepung gandum
* Majerin untuk sapuan
* Gula, bijan, badam dll untuk taburan, ikut selera

Untuk Dipping :
1 cwn air mendidih
1 sudu makan soda bicarbonate

CARA-CARA:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan air suam, 1 camca teh madu dan yis. Biarkan 10minit.
2. Di dalam periuk lain, panaskan majerin hingga cair. Campurkan 1/4 cwn madu, garam dan susu. Kacau sebati.
3. Tuangkan adunan majerin cair tadi ke dalam mangkuk pengadun berisi yis. Kacau sebati.
4. Putarkan mixer perlahan sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Sederhanakan kelajuan dan uli doh selama 20 minit atau sehingga doh lembut dan elastik.
5. Bulatkan doh menjadi satu dan tutup mangkuk pengadun dengan plastik/clingwrap. Perap 1 jam.
6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
7. Uli dan gelek rata. Bahagikan kepada 8 ke 10 bahagian. Gelek-gelek dengan tangan membentuk doh yang panjang seperti tali. Saiz ikut suka.
8. Temukan kedua-dua hujung tali doh itu dan pintal. Kemudian lekatkan bersilang pada bahagian bawah. Lihat gambar ya.
9. Sementara itu, panaskan 1 cwn air hingga mendidih dlm periuk kecil. Masukkan 1 sudu makan soda bicarbonate. Kekalkan didihan dgn api kecil. Rendam pretzel tadi dalam air soda selama 10 saat dan letakkan dalam loyang pembakar yg telah digris. Lakukan hingga habis.
10. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min -25min atau hingga warna keperang-perangan.
11. Setelah masak keluarkan dari oven, sapu majerin dan segera taburkan gula atau garam atau bijan atau badam...atau apa-apa saja yang anda suka. Bijan atau badam tu... bakarlah dulu seketika dlm oven ya. Goreng tanpa minyak pun ok.

Dalam resipi asal tidak disuruh pun kita mencelup dalam dipping soda. Tapi oleh kerana ada beberapa websites lain yang mengajarnya begitu, maka Rinn pun incorporate cara itu di sini. Celupan soda bakal menjadikan soft pretzels berkilat dan berwarna coklat keemasan setelah siap dibakar. Rinn ada sedikit derhaka pada bahagian mencelup doh pretzel yang siap dibentuk ke dalam dipping soda bica ini. Sepatutnya kita kena biarkan dipping ini kekal di atas api kecil agar terus mendidih. Rinn pulak cuma bancuh dengan air panas dan celup begitu saja. Kira oklah kan.




Rinn pernah nampak ada satu kiosk Pretzels ni di Suria KLCC. Kalau tak silap ada dekat ground floor atau basement dan berhampiran dengan escalator. Sesapa yang biasa ke sana tentu tahu akan kewujudan kiosk itu. Kalau ada kerajinan dan kesempatan Rinn nak cuba snack pretzels pulak. Dia ni jenis macam biskut nampak gayanya. Soft pretzels ni lebih kurang macam roti, luarnya rapuh tapi dalamnya masih chewy.

Auntie Anne's Pretzels popular kot. Yang ini Auntie Rinn's Pretzels yaaa.....




Wednesday, 11-Nov-2009 13:55 Email | Share | | Bookmark
HAZWANI & ADY

Selamat dah ko ye...
Sign dek...
Tunduk malu ye??
View all 20 photos...
Pasangan yang terkahir ini adalah sepupu Rinn sendiri. Bernama Hazwani tetapi lebih manja dengan panggilan Cik An. Mulanya Rinn ingat tak berpeluang nak berkunjung ke majlisnya memandangkan bukan cuti sekolah tetapi dah rezeki lah katakan. Kebetulan Cuti Deepavali...Dear hubby pun setuju nak balik Selangor. Walaupun kami sekadar dapat menghadiri majlis nikah dan majlis berinai kecil, itu pun sudah cukup membuat Rinn gembira daripada terlepas langsung nak makan nasik minyak sepupu ku ini...




Cik An merupakan anak ketiga daripada 6 beradik. Dia sebaya dengan adik lelaki Rinn yang lebih dahulu kahwin pada hujung tahun lepas. Tak pe tak pe..janji bertemu jodoh ya. Cik An ni pandai masak dan baking-baking tau... Masa zaman anak daranya selalu tolong mak dia biznez kek dan kuih-muih.







Cantik busana berwarna krim ini. Tanpa tiara pun hiasan kerudungnya dah cukup sempurna. Hiasan manik keseluruhannya dijahit oleh isteri kepada seorang sepupu Rinn, Kak Ayu. Isshhh.... terlupa pulak nak amik gambar busana ni dari hujung rambut sampai hujung kaki...




Busana serba krim pada majlis nikah di sebelah siangnya. Manakala, untuk majlis berinai kecil pada sebelaha malamnya mereka mengenakan busana berwarna merah hati.

Kepada sepupuku ini dan pasangannya, selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga kekal bahagia seadanya hingga ke akhir hayat. Sori lah ya, tak dapat nak tunggu hingga ke majlis kenduri besar dan persandingan pada next daynya. Terpaksa patah balik ke SP... anak-anak sekolah heh heh heh.



Oklah semua, deretan gambar-gambar pengantin ini tidaklah menunjukkan bahawa Rinn dah berubah profesyen. Kebetulan ramai anak2 buah yang pilih tarikh2 yang berdekatan untuk melangsungkan majlis kahwin diorang. Rinn sekadar mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik manis mereka untuk koleksi peribadi.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net