|
|
| Wednesday, 1-Jul-2009 01:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
|
|
Tak ingat dah ni resipi CMC yang keberapa Rinn cuba. Terlalu banyak sumber. Hakikatnya, selembap-lembap kek ni pun orang suka. Tak henti-henti beli, buat dan makan. Kalau orang yang lembap, sure tak jadi pujaan. Menakjubkan sungguh "makhluk" yang bernama CMC ni ya, tak kiralah kepada yang minat coklat atau sebaliknya. Resipi dan bahan-bahan tidak banyak beza. Pada Rinn setiap kali kita mencuba resipi baru atau ulangbuat resipi pilihan, sukar rasanya untuk dilepaskan tanpa memakannya melainkan kalau kek itu bantat atau hangus !!! ...atau pun kalau ianya bukan rezeki kita..
Resipi dari zack ini Rinn buat dua kali bulan lepas. Sekali masa harijadi Angah Dania dan sekali lagi untuk Acik Alya hadiahkan kepada guru kelasnya sempena harijadinya. Kek sedap tapi highlight kali ini adalah toppingnya.
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-bahan :
BAHAN A:
170gm butter
300gm gula castor
3 biji telur
BAHAN B :
2 tsp serbuk nescafe segera
1 tbs air suam
1 tsp esen vanilla
1 tsp choc emulco
BAHAN C :
225gm tepung gandum
65gm serbuk koko
1/2 tsp garam halus
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder
180ml air sejuk dari petiais
CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.
TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla
Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.
Ok, topping ni sesuai untuk mereka yang kehabisan whipping cream di dapur. Selalunya topping begini kita guna cooking choc, whipping cream dan butter cair kann. Bagi mereka yang jarang-jarang buat kek coklat mungkin tak simpan whipping cream dlm petisejuk kan. So, silalah guna resipi yang menggunakan susu pekat ini. Pasti tak mengecewakan. Ia juga tahan beberapa hari walau hanya di letak pada suhu bilik....
| Quote: | BACK BY POPULAR DEMAND
DOUGH BOARD AND ROLLING PIN SET
Size : L40cm x W27cm x H3cm
Weight : 2.8kg
Material : Solid Wood
Feature : Roll out dough evenly, uniform thickness of 1cm height of cookies or other pastries.
Price : RM100 including postage
Courier service : Kangaroo Worldwide Express
Get your set today while stock lasts. Contact me at nazhatulrinna@yahoo.com. Limited stock. First come first serve basis. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Jun-2009 08:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MANGO YOGHURT CHEESE CAKE
|
 |
|
Mango Yoghurt Cheese Cake
|
|
|
Dah lama tak buat cheese cake. Kali ni Rinn buat sesuatu yang mudah dan ringkas untuk dimakan seisi keluarga. Dear hubby pun baru balik dari outstation setelah hampir dua minggu berpergian hi hi hi.... .
MANGO YOGHURT CHEESE CAKE
Bahan-bahan:
250gm cream cheese
200ml yogurt berperisa mango
2 tsp jus lemon
3 tbs tepung gandum
2 biji telur
90gm gula castor
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan terus putar hingga sebati.
3. Alas loyang 6" dan tuangkan adunan. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 45min.
4. Selepas 30min tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
5. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik. Sejukkan di dalam petiais untuk beberapa jam.
Untuk mempelbagaikan rasa cheese cake ini, kita boleh tukarkan yoghurt tersebut kepada perisa yang kita kehendaki. Ada banyak di pasaraya, yang dalam cup 140ml tuuu . Perisa strawberry, peach, mixed fruit, kiwi,orange, blueberry dan lain-lain lagi. Oleh kerana cheese cake ni tidak naik bila dibakar maka dinasihatkan janganlah guna loyang yang besar. Nanti cheese cake akan kelihatan nipis..macam cheese cake Rinn ni . Kalau nak guna loyang besar, silalah gandakan adunan...macam biasalah.
Selamat Mencuba !!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Jun-2009 04:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SONGKHLA REVISITED KALI KE 3, 2009
|
|
Iye... akhirnya Rinn gagahkan diri jugak untuk memasukkan entry. Sebenarnya Mac Book ni dah terlebih makan. Sebab tu dia meragam sakit perut. Terlampau banyak sangat simpan gambar sampai hdnya pun marah. dah transfer sebahagian ke ext hd pun dia masih meragam sekali-sekala. Dah consult my IT Doctor aka my adik lelaki yg kawen ari tu... tapi susah sembang online sambil nak troubleshoot. Nantilah bila-bila jumpa boleh suruh dia rawat. Ennnntahlah! (Meminjam perkataan favourite sibongsuku Marisa... )
Ok..cerita kali ini pasal kami menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan-rakan binatang yang menetap di Songkhla pada cuti sekolah awal Jun lalu. Kali ketiga dah ni. Ada permintaan untuk jadi pemandu pelancong. Dan setiap kali itu jugak ada kegembiraan yang rakan-rakan binatang hadiahkan kepada kami. Seronok sampai lupa segala masalah !!
Kali ketiga ke Songkhla tapi pertama kali jejak kaki ke aquariumnya. Di depan pintu masuk ni. Walaupun koleksi ikan-ikannya lebih kurang seperti di mana-mana lain aquarium tapi ada dua tiga species yang agak menggelikan hati bila ditengok, contohnya "boxfish" bukan boxhousestudio ya..
Kebetulan masa kami tiba ada pertunjukan "suap-menyuap" makanan ke mulut ikan-ikan dan penyu-penyu. Tak sangka ikan-ikan dan penyu-penyu itu boleh dibelai-belai kepalanya. Of course oleh penyelam profesional itu. Kita-kita yang kat luar ni boleh tengok dan simpan rasa keterujaan untuk melakukan benda yang sama. Lesen selam ada ka you all ???
My dearest yang pantang jumpa outdoor activities macam ni. Mesti dia nak main. Kebetulan ada circuit kat luar aquarium tu. Ni adegan kejar mengejar dia dengan seorang budak Siam. Ingatkan budak tu sekadar pengunjung biasa. Tapi setelah disoal-siasat mengenai ke"terror"an dia sampai si hubby sukar memintas, rupanya dia memang pemain go cart yang dilatih untuk berlumba ..Patutlah sampai habis 5 round dia masih steady di depan...( Bayar RM60=600bath utk 5 laps aje ye...) Hubby dengan selambanya tambah sendiri 1 extra lap semata2 nak potong budak tu!! Mujur berjaya..kalau dak mau kena tambah lagi 600bath !!! Kami kat tepi gelanggang dah macam POM POM girls bersorak-sorai
Seronok dengan zirafah yang seekor ini. Dia cukup mesra pelawat terutamanya muka-muka kami yang mungkin dia masih ingat . Dia tak mau makanan harian aka kangkung yang ada disediakan. Sebaliknya lebih mengejar rumput dan lalang yang kami cabut dan sua kan padanya. Hmmmmm..... binatang pun tahu menu yang patut dipelbagai.
Orang sibuk nak pegang kepala zirafah dan bagi makan, yang dear hubby dan Alya pulak sibuk tarik ekor kak pah ni !! Tapi kak pah tak kisah pun. See.... betapa baiknya kak pah ni.
Terlalu cute untuk tidak diambil gambarnya. Dulu pun rasanya gambar dia paling banyak kami ambik. Tapi dia ni ganas sikit. Mesra pelawat tapi hati-hati jangan sampai kena patuk !!!!
This one adalah highlight of the day. Kat Malaysia pun seumur hidup pi berkunjung ke Zoo tak pernah dapat peluang untuk mendukung anak orang utan. Di Bukit Merah pun tak de peluang nak pegang gang-gang orang utan ni. Kat sini jodoh rupanya . Anak orang utan modern..pakai diapers lagi !!! Ada juga botol susu dan endoi kain yg diikat di pokok untuknya.
p/s : Hari ini 20hb Jun 2009 adalah besday Angah yang ke 14. Tadi dah pi antar Choc Moist Cake dan Pulut Kuning serta kari ayam etc etc ke asrama. Selamat menjamu selera dengan kenkawan. We love you Angah
Kita pun tak lepas peluang. Infact gang-gang kami semuanya dapat mendukung sikecil ini. Ada gak yang takut dan geli-geleman. Anak orang utan tu ok. Mungkin sebab dia dah biasa dibesarkan dengan manusia. Mak bapak dia tak der kot.. Lupa nak tanya keeper dia.
Dah tak ingatlah binatang ni nama apa. Nampak macam musang tapi definitely bukan. Ada 2 ekor yang diletakkan di luar kandang, dibiarkan bergayut di dahan pokok. Yang menariknya kedua-duanya maintain bermain dan bergayutan di tempat yang sama. Tidak ada percubaan untuk melarikan diri. Sesiapa yang berani boleh bagi makan. Sapa yang tak berani tengok aje dari jauh. Nampak ganas jugak tapi cute..
Kat tepi pantai Songkhla ni ada dua kejadian yang kena sumpah jadi tembaga . Satu ikan duyung dan satu lagi kucing, tikus dan bola emas. Tak baca pun cerita rakyat di sebaliknya. Mujur kucing tu tak kaler oren. Kalau idak maunyer si kucingorengemok nangih-nangih nak pi Songkhla.
Sebenarnya banyak lagi gambar tapi dah tak larat dah nak bergaduh dengan Mac ni. Ni pun entah bila pulak dapat ke udara semula. Rinn mintak maaf ye kerana membuat semua tertanya-tanya. Yang tak tanya pun tak pe sebab Rinn sekadar nak bagitau. Resipi tertangguh pun ada lah jugak... Nanti-nantilah ye. Jumpa lagi....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-May-2009 05:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEK KUKUS BERINTI DAGING
|
|
Bila Rinn lihat resipi ni terus teringatkan resipi Apam Kukus Berinti Daging yang Chef Tania tunjukkan semasa sesi demontrasi ketika lawatan Rinn, Mamazieza dan rakan2 lain ke Singapore pada hujung tahun 2008. Resipi yang ingin Rinn kongsi di sini diberi nama Kek Kukus Lapis Daging oleh Chef Zubaidah Chepa. Banyak resipi menarik yang boleh kita cuba dari Buku Kek Kukusnya. Sesuai namanya, sepatutnya inti daging itu di"sandwich"kan in between dua lapisan kek.
Pun begitu, setelah difikir-fikirkan rasanya lebih mudah jika kita ikut cara Chef Tania. Kalau kita lapiskan kek itu kita perlu potong pula. Agak renyah di situ. Jadi, kita ikut cara yang lebih mudah ya. Apapun terimakasih kepada Chef Zubaidah di atas resipi menarik ini..
KEK KUKUS BERINTI DAGING
(Nama asal : Kek Kukus Lapis Daging)
Sumber : Chef Zubaidah Chepa
Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor ( ...mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake.. )
Secubit garam
100gm tepung superfine
1/4 tsp baking powder
Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.
Bahan-bahan untuk inti daging :
250gm daging kisar (Boleh diganti dengan ayam)
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.
*Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.
Terima kasih kepada kedua-dua chef kerana kombinasi idea penyediaan kek kukus ini. Sebenarnya dah lama Rinn teringin hendak menyediakan kek kukus inti daging Chef Tania tapi oleh kerana resipinya eksklusif, maka Rinn tak dapat nak kongsikan di sini. Tetapi, bila Rinn jumpa resipi yang mirip seperti itu, maka Rinn pun terus teringat dan terus mencubanya. Yang ini boleh kita kongsi.
Dari segi rasa memang cukup mirip. Keknya gebu dan kekal lembut. Jadi kepada sesiapa yang inginkan kelainan, sudi-sudikanlah mencuba hidangan ini ya. Dari segi inti tentu saja kita boleh mempelbagaikan ia kerana keknya memang sesuai untuk inti-inti yang berperisa savoury. Kalau nak cuba inti-inti manis pun boleh jugak kot.... anda cuba dulu nanti kongsi dengan rakan-rakan lain, amacam??? Deal or No Deal...Meal or No Meal ???
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-May-2009 13:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TAG AND AWARD FROM A SPICEY & SPLENDOUROUS MAMA..
|
|
Pandai ye Mama ni. Nak suruh kita jawab tag dia bagi award siap-siap....kira tak boleh lari dah lah ni ye !!! Sat gi kena pulangkan balik pulak award tuuu.... . Sorry ye ma..lambat buat kerja rumah..sebab kerja rumah yang sedia ada pun tak beres-beres..!!!
NYATAKAN 5 FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI IAITU MAMAFAMI..
1. Selalu kata dirinya malas tapi sebetulnya dia adalah di antara mereka yang cukup rajin dan teliti apabila membuat sesuatu kerja. Lihat saja cara dia menjawab tag ini di blognya... siap ada gambar2 lagi !!! Blog masak2 pun ada sampai 2, regularly maintained.!!! Buku masak-masak sampai melimpah-limpah rak buku..( Betoi ke maa...???...main tembak aje ni...)
2. Kebanyakan surirumah malas gosok baju..kalau gosok pun sebab dah terpaksa. Kalau tak pun..tak gosok baju sebab ada maid tolong gosokkan...Tapi bab gosok menggosok baju ni dah jadi "HOBI" Mama...
3. Mama memiliki sepasang cahayamata yang dah besar panjang. Maaaaaanyak sayang dan cinta oooo....hidup tak keruan tanpa diorang !!!
4. Mama rajiiiiiiiiiiiiiin layan AF.
5. Yang menariknya Mama dan Rinn belum pernah bersua dan bertentang mata. Tak percaya ??? iyeee....... dengar suara pun tak pernah !!! Main sms dan chatting di alam maya jer...
SETIAP BLOGGER MESTILAH MENYATAKAN 10 FAKTA ATAU HOBI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD SETERUSNYA :
10 fakta mengenai diri Rinn :
1. Seorang yang simple. Apa-apa pun suka yang simple..
2. Dulu-dulu memang seorang yang lasak dan aktif sukan. Sekarang ni pun masih berlagak nak pertahankan semua tu tapi dah tua la beb... melasak sikit mulalah sakit situ sakit sini..keh keh keh...
3. Selalu tidur dengan TV on sampai subuh. Ada timer kat remote puuuunnnn...selalunya tak set !!
4. Tidak pernah memiliki kad kredit...dan takkan pernah mahu memilikinya.
5. Ada koleksi apron tapi bila memasak di dapur, Rinn tak pernah pakai apron.. apa dah !!!
6. Sejak kawin tak pernah beli minyak wangi dan lipstik. Dear hubby yang suka beli kat kita.
7. Makanan kegemaran dari dulu sampai sekarang ialah satay dan yong tau fu. Yang lelain tu ikut selera.
8. Telah melahirkan 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan tetapi telah kehilangan seorang daripada anak lelakinya. Kini tinggal 5 orang anak jer yang berada di sisi.
9. Kurang gemar membaca buku. Apa lagi kalau buku/novel yg tebal-tebal tuuu. Teruk kannn.....
10. Suka jeans.
ANDA PERLU MEMILIH 10 PEMILIH AWARD YANG SETERUSNYA DAN CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG MEREKA. JANGAN LUPA BAGI HOMEWORKNYA SEKALI YA..
1. Ouled Kenitra : Tuan Mizhar ni bukan sahaja orang kuat di LAUT tapi kuat juga mindanya bila sudah mula menari-narikan tinta, pandangan tajamnya jugak menghasilkan foto-foto yang mengagumkan.
2. Jeff : En Jeff yang suka bersantai bersama keluarga tercinta. Sentiasa ada sahaja cerita yang nak diselitkan. Kalau balik dari berjalan-jalan...fuhhhh !!! jenuh nak mengikuti siri demi siri catatan perjalanannya. Rasa macam kita pun ikut sama jalan-jalan dengan dia dan keluarganya !! Minat sejarah kawan kita nii.
3. Daalia : Puan Daalia kita yang tak toleh-toleh belakang lagi sejak dia mula main tepung, butter dan gula. Macam superwoman. Bukan saja pantas dengan kerja pejabatnya..malah tempahan-tempahan keknya juga lajuuuuuuu..... kreatif lagi youuuu.
4. Jun Cupcakekasih : Yang rinn tahu Puan June ni sungguh teliti dengan setiap creationnya. Rinn suka belek hasil kerjanya yang agak berbeza dari rakan-rakan seangkatannya. Banyak cerita menarik tentang dirinya. Tak percaya?? Silalah jengah blognya. Dia kawan baik Abby Fana tauuu.... Dan Rinn suka dengar celoteh Abby Fana di Sinar FM.
5. Whiz : Kalau baca tulisan di blognya memang sungguh mengasyikkan. Setiap ayat bagaikan bait-bait puisi nan indah. Englishnya kelas youuuuu..... Cupcakesnya pun kelassssssss !!! Tapi dia kata dia "semput"...... semput-semput pun rajinnnnnn.
6. Lee Lin Kucingorengemok : Dah bertukar profesyen dari tukang masak sambilan kepada wartawan JJCM. Bercita-cita nak melaporkan semua tempat makan-makan yang menarik dan yang boleh terkenang-kenang serta yang sebaliknya. Kalau nak tahu tempat makan yg sedap, pi lah ke laman cik puan ni ya.
7. Zati DHati : Puan Zati yang tak reti duduk diam. Dia kata kalau duduk diam mesti badan sakit-sakit. Selain buat kek, dia juga menulis. Pernah membaca karyanya??? Kalau ke kedai buku cuba-cuba cari novel yang di tulis oleh Amaruszati Nor Rahim. Kita pun belum pernah baca lagi !!
8. Zai Kulim : Zai yang baru menimang cahaya mata sulungnnya. Rajin singgah di FP dan blog rakan-rakan maya. Kalau betul=betul pun dia memang suka ronda-ronda dan bersantai bersama Mr T dan rakan-rakannya.
9. Mummy Jam : Mummy Jam Singapore yang suka merakamkan gambar-gambar alam semulajadi dengan segala isi alamnya.... Sesekali bawak keluar resipi, mengancam jugak !
10. MaDiHa : Madiha baru lepas pantang dah ligat kembali ke dapur. Dari dulu memang sungguh rajin menempek resipi lauk-pauk seharian. Sesekali disulami dengan resipi-resipi baru yang menarik.
Rinn rasa ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Sekiranya anda ringan minda dan ringan jari jemari silalah buat homework dari cikgu yang tak bertauliah ini... :-8 :-8
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-May-2009 06:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CHOCOLATE BANANA MUFFINS
|
|
Aaaahhh...hantu roti dah lari. So. Rinn rehat buat sementara waktu dari membuat roti. Bagi laluan kepada resipi yang satu ini. Ada sesikat pisang berangan pemberian MIL semasa pulang ke kampung minggu lepas. Dah tak de sapa yang nak makan, Jadi, sebelum ianya masuk tong sampah, RInn pun cariklah resipi yang berkaitan. Kalau nak mudah memang cekodoklah..tapi apa kata kita buat muffin... . Terjumpa sesuatu yang agak menarik di ruangan Taste Of Home. Kita cuba ye.....
CHOCOLATE BANANA MUFFINS
Source : Taste of home
Bahan-bahan :
1/2 cup butter
1/2 cup brown sugar
1/2 cup caster sugar
2 biji telur (gred A)
1 1/2 cup pisang lecek
3 tsp esen vanilla
2 cups tepung gandum
3 tsp soda bicarbonate
1 cup walnut cincang
1 cup choc chipc
* 2 tbs rata serbuk koko
* segenggam kismis
(* Rinn tambah ini... )
Cara-cara:
1. Putar butter, gula perang dan gula caster sehingga lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar. Masukkan pisang lecek dan esen vanilla. Putar sekadar sebati.
2. Ayak bersama tepung dan soda bicarbonate. Gaulkan walnut, kismis dan choc chips ke dalam tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan butter tadi, kacau sekadar sebati.
3. Isikan adunan ke dalam paperliners separuh penuh.
4. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 15min - 20min.
5. Sekiranya membakar tanpa paerliners, griskan muffin tray dahulu. Sejukkan muffin yg sudah masak di dalam tray muffin selama 5 min sebelum dikeluarkan.
Dengan adunan ini Rinn dapat 17 biji muffin bersaiz besar. Kalau sederhana boleh dapat 2 dozen kot. Lagi satu, dua belas biji yang pertama (satu muffin tray tuu..) Rinn bakar seperti biasa menggunakan paperliners. Untuk 5 biji yang terkahir, Rinn teringin nak bakar style minah salleh selalu buat. Iaitu..muffin togel tanpa paperliners. Nak tengok..boleh tak dapat bentuk macam kepala cendawan butang. Mulanya agak gusar, takut meleper tapi ok gak hasilnya. Adalah jugak bentuk kepala cendawan tuuuu... . In fact kejadian muffin togel tu lebih besar daripada yg duduk dalam paerliners
Kepada peminat-peminat pisang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi ini. Iye lah kan..daripada terbuang aje pisang-pisang yang lebam tuu elok jugak ditransformasikan jadik muffin atau kek. Resipi asalnya tak bubuh serbuk koko tapi untuk menjadikannya lebih menarik dan sedap Rinn dah tambahkan serbuk koko dan kismis. Kalau nak tambah apa-apa lagi pun ok, ikut bahan-bahan yang ada dalam simpanan.
Muffin ini sungguh sedap dan lembut gebu. Tak tipu sebab Rinn dah cuba sendiri...heh heh heh.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-May-2009 12:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HOMEMADE WHOLEMEAL BREAD
|
|
Tak ramai yang mungkin meminati dan menggemari Roti Wholemeal..( dipanggil apa ye dalam BM keh keh keh... )..roti penuh mil ??? . Rasanya boleh jadi pelik bagi sesetengah orang, agak berat dan penuh berserat. Bagi Rinn ianya sedap dan kena dengan selera apabila sesekali bertukar daripada roti putih atau pun bun manis yang pelbagai. Memang ada hati nak mencuba dan setelah dibelek-belek resipi dan gambar-gambar di buku dan internet, rasanya resipi yang ini boleh digunapakai.
HOMEMADE WHOLEMEAL BREAD
Sumber : allrecipes.com
Bahan-bahan:
100ml (4 fl oz) air suam
20g (3/4 oz) yis segera mauripan
4 tablespoons tepung protein tinggi
1 tablespoon gula castor
175g (6 oz) oats segera
225g (8 oz) tepung wholemeal
1L (1 3/4 pints) air suam
1 1/2 tablespoons garam halus
75g (3 oz) gula perang halus
150ml (5 fl oz) minyak sayuran
1.3kg (3 lb) tepung protein tinggi
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, putar perlahan 100ml air suam, yis segera 4 tbs tepung hi-protein and gula. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sukat oats, tepung hi-protein, 1 liter air suam, gula perang dan minyak sayuran. Campurkan ke dalam bancuhan yis yg telah naik tadi. Putar dengan perlahan selama 1min - 2min. Tambahkan sedikit kelajuan sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Doh telah sedia apabila ianya tidak lagi melekat di dinding mangkuk pengadun. Sekiranya agak melekit boleh oleskan sedikit butter.
3. Bulatkan doh, tutup mangkuk dengan clingwrap atau tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
4. Boleh bentukkan untuk dijadikan loaf atau sebagai buns. Susun di dalam loyang yg telah digriskan dengan sedikit mentega. Perap sehingga naik 2 kali ganda lagi.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 30minit atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan. Setelah masak pindahkan ke atas rak penderai dan biarkan sejuk. Boleh dimakan mengikut cara kesukaan masing-masing.
Rinn pilih untuk menjadikannya sandwich sebagai sarapan pagi. Sebenarnya yang berbentuk bun dah dijadikan makan malam pada malam sebelumnya. Buat roti tu pun dah petang. Jadi lepas maghrib baru siap. Chun chun timing suami kita pulang dari aktiviti off-roadnya di Kuala Mu, Kuala Kangsar. Rinn pun panaskan sup cendawan segera Kimball untuk dijadikan kuah pencicah. Malam itu dinner roti cicah mushroom soup ler...
Sandwich itu berintikan scramble egg yang telah digaul dengan mayonis. Dilapis dengan hirisan tomato dan daun salad segar....Puuuurrrrfect !!! Oh ye..Rinn buat separuh adunan saja sebab nampak banyak bila tengok sukatan bahan-bahan dari resipi yang asal seperti di atas. Buat separuh pun dapat 1 big loaf dan 16 ketul bun. Jenuh perabih..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-May-2009 09:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
APPLE BUN
|
|
Mulanya buat apple filling siap-siap. Hajatnya nak buat Apple Pie ala-ala Mc D atau pun mungkin Apple Tart. Hmmmm...nampaknya hantu roti belum pergi. Bila masuk dapur mesti dok kerling tepung roti... Nak buat roti lagi lah tuu.... Bukan apa, teringat bun epal yang macam ulat gonggok dalam buku roti Chef Alex Goh. Tak caya...meh kita tengok !!!!
APPLE BUN
Sumber : Chef Alex Goh
APPLE FILLING :
400gm epal hijau, dipotong kiub atau kepingan nipis (lebihkurang 5 biji)
150g brown sugar
Secubit garam
110ml air ( Cuba kurangkan sbb kelihatan terlalu berair)
1 tbs jus lemon
40gm tepung jagung dibancuh dengan 40ml air
20gm mentega
Cara-cara :
1. Masak semua bahan kecuali campuran tepung jagung dan mentega atas api yg sederhana sehingga mendidih.
2. Tuang bancuhan tepung jagung dan masak sehingga pekat. Angkat dari api.
3. Gaulkan inti dengan mentega.
DOH ASAS BUN
Sumber : Chef Alex Goh
Bahan-bahan :
480gm tepung protein tinggi
120gm tepung gandum
110gm gula castor
10gm garam halus
20gm susu tepung
4 tsp yis segera mauripan
1 biji telur
300ml air sejuk
60gm butter
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kering sehingga rata.
2. Tuangkan air dan telur sedikit demi sedikit sambil menguli hingga terbentuk doh.
3. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga terbentuk doh yg lembut dan elastik. Bulatkan doh.
4. Tutup bekas dengan plastik dan biarkan doh naik dua kali ganda selama lebihkurang 1 jam.
5. Tumbuk2 doh utk mengeluarkan udara.
6. Bahagikan doh seberat 70gm tiap satu dan simpan dlm petisejuk selama 15min.
(* Semasa menggelek doh, Rinn tidak sekaligus mengeluarkan semua doh2 ini, keluarkan satu demi satu setiap kali hendak menggelek. Ini utk mengelakkan doh drpd menjadi lembut semula dan susah utk di leperkan.)
7. Gelek doh menjadi bentuk segiempat bujur 14cm x 12cm.
8. Potong jaluran di sebelah tepi, isikan inti dan gulung. Susun dalam loyang yg dilengser sedikit mentega. Sila rujuk gambar di thumbnails.
9. Perap lagi sehingga naik dua kali ganda. Sapu dengan putih telur dan bakar pd suhu 190 darj cel selama 12min - 15min. Keluarkan dari oven, terus sapu dengan mentega biar berkilat.
Lagi dibuat lagi ketagih nak buat roti. Macam mana rasanya...bayangkanlah sendiri bun yg diisi dengan inti epal. Pada yg suka masam2 epal mesti tak tolak. Banyak jugak dapat. Ada dalam 17 ketul. Sempat tapaokan bagi kenkawan dear hubby yg kebetulan dtg ke rumah. Bagi orang demam makan pun ada...
Ada cerita lawak yg mungkin tak lawak bagi you all tapi Rinn citer gaklah ya. Rinn dah lama carik buku "World Of Bread" oleh Chef Alex Goh semenjak dua menjak ni. Malangnya kalau ke Popular atau MPH mesti dah sold out. Beberapa kali pergi lagi pun diorang tak bubuh stok baru. Frust gak. Buku2 Chef Alex yg lain tu ada gak beli senaskah dua. Sebenarnya kalau tak beli pun tak pe sebab buku roti bergerak tu ada kat FP dan Blog Mamafami. Kan dia rajin buat roti. Pakar tuuuuu.... . Banyak dah resipi Alex Goh yang Mamafami try dan hasilnya memang terbukti tak menghampakan. Mama buat bun apple ni tahun 2006 kat Malawi lagi youuu...heh heh..tgk sini. Tak berapa lama dulu Mat Gebu pun dah buat... kat sini.
So, nak sedapkan hati belilah buku resipi roti yang lain sebab dalam hati dok fikir..bahan2 dan cara-cara buat sure lebihkurang sama. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lalu Rinn kemas lagi almari buku sebab banyak majalah dan buku yang bercampur aduk. Nak tau apa Rinn jumpa... ...Buku Roti Alex Goh !!!!! Masa tu barulah teringat..rupanya Rinn dah beli buku tu sekali dengan buku Cheese Cake Alex Goh. Cuma..sebab masa tu tak lagi teruja buat roti maka buku tu tersimpan...dan terus hilang dari ingatan...
Nampak sangat aku ni dah nyanyuk... . Ha Ha Ha....lepas ni bolehlah buat roti banyak-banyak lagi.... Jangan mare
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-May-2009 01:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rinn buat kek kenit ????
|
|
Buat 80 bijik kek kenit niii untuk ulangtahun Along Fiena yg ke 17 semalam, 11hb Mei 2009. Along nak kek besar sebab nak bagi kat dorm-mates, kawan2 sekelas dan bukan sekelas tapi mak dia tak ada loyang sebesar meja..yg paling besar pun loyang 9" x 9". Tapi buat jugaklah kek vanilla blueberry sebijik... agak tak puas hati sbb sth wrong dengan whipping cream tuu... tak berapa nak kental, so nak sapu pun tak semudah selalu..hantam sajalah labu yeee..
Habih "belemoih" satu dapur kukerjakan . Almaklumlaaaah mana pernah buat projek yg tak berapa nak mega niii. Along punyer pasal, kugagahkan lah jugak. Petang semalam terus hantar ke asrama.... senyum from ear to ear Along !!! All the best ye Long, especially for the upcoming SPM ...kami semua sayang Along..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-May-2009 08:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PANDAN KAYA ROLL
|
|
Oikkk.... buat roti lagi Rinn ?? Ha ah.... beberapa hari kebelakangan ini dapur Rinn sentiasa menghasilkan roti segar dari oven. Tengah seronok nii...layan aje lah. Nanti bila dah boring..kita tukar episod lain pulak ya.. . Ok, kali ni Rinn mencuba resipi roti pandan kaya yang ditabur dengan kelapa kering.
PANDAN KAYA ROLL
Sumber : Chef Khoo See Yew (Home Bread)
Bahan A :
50gm castor sugar
1/2 tsp fine salt
1 small egg
200gm cold water
3 tsp yis segera
Beberapa titik pandan paste
20gm santan powder
Bahan B :
350gm tepung protein tinggi
1 tbs susu tepung
1 tsp bread improver
30gm butter
Pandan Kaya secukupnya
Kelapa kering secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan bahan A. Tuang sedikit demi sedikit ke bahan B yang telah di ayak bersama.
2. Uli gunakan mixer atau gunakan tangan sehingga membentuk doh. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga menjadi doh yang lembut, rata, licin dan elastik.
3. Tutup doh di dalam bekas sehingga naik dua kali ganda, selama 1 jam.
4. Tumbuk2 doh utk mengeluarkan udara. Bahagikan doh kepada 12 bhg dan uli memanjang setiap satunya seperti roti "hotdog". Susun dalam loyang seperti dalam gambar.
5. Biar doh kembang semula. Spray air, paipkan pandan kaya dan taburkan kelapa kering.
6. Bakar pada 180 darj cel selama 20min ke 25min. Sapukan dengan butter sebaik keluar dari oven.
Bila ada perisa pandan dan tabur-tabur kelapa kering ni teringat terus kepada pandan butter cake. Memang wangi baunya bila hampir masak. Sekaya sepatutnya menggunakan sekaya berperisa pandan macam sekaya gardenia Auntie Rosie's tu.. tapi dah tak ada. Kebetulan ada serikaya telur dalam tin, so Rinn guna yang itu. Sebab tu warnanya coklat keperangan. Sekaya ni rasanya macam sekaya mamak roti benggali zaman dulu-dulu.
Terkenang zaman kanak-kanak bila mana Bai Roti datang kayuh basikal sambil bawa tong roti yang besar bertudung kun tinggi. Paling takut bila tangok Bai Roti bawak keluar pisau rotinya yang panjang berkilat. Teasa macam nak kena pancung kepala..
Apa pun, seperti selalunya roti ni menjadi dengan eloknya. Terimakasih kepada mixerku yang bekerja keras memutar doh walhal Rinn cuma jadik supervisornya heh heh heh... Rinn bagi sikit tips. Kalau nak dapat roti yang boleh dipanggil "roti" elok menggunakan tepung protein tinggi sebab tepung ni memang khas dan sesuai utk buat roti. Guna tepung gandum biasa pun boleh juga cuma mungkin hasilnya tak segebu bila kita guna tepung protein tinggi. Lagi satu, rahsianya terletak pada cara dan hasil ulian doh. Kalau guna bread machine atau mixer tak de masalah rasanya. Tapi kalau uli guna tangan, kena uli macam popeye ya. Buat macam orang dulu2 basuh kain atas papan kayu tu. Doh ditolak2 dan ditarik2 pada satu arah. Doh roti yg elok ianya elastik. Maksudnya, kalau kita nipiskan sebahagian doh, ia boleh ditarik-tarik tanpa koyak macam roti canai tapi takde lah sampai boleh ditebar ya.
Lagi satu, campurkan butter atau majerin hanya bila doh dah diuli dengan bahan cecair lain terlebih dahulu. Bila dah terbentuk doh baru add in butter. Jangan kenakan garam pada yis. Seelok2nya masukkan garam setelah semua bahan kering lain dah digaul rata.
Bakar pada rak tengah, api atas bawah. Suhu bergantung kepada jenis roti tapi selalunya dalam range 170 darj cel ke 190 darj cel.
Dulu Rinn tak tau semua ni. Tapi berkat suka membelek internet dan buku roti, tak putus asa mencuba dan melalui pengalaman trial and error, sedikit sebanyak dah faham kerenah roti ni. Jadi kepada sesiapa yang baru pertama kali mencuba harap tidak putus asa sekiranya gagal pada pertama kalinya. Rinn dah lalui semua tuu..
So, dah cukup kuat keee semangat yang Rinn tiupkan??? Sebab ada yang mintak Rinn tiupkan semangat buat roti niii pada diorang heh heh heh. Apa pun, happy trying if you care to.....
|
|
|
|